ISIPADU CECAIR

MATA PELAJARAN : MATEMATIK

TOPIK : ISIPADU CECAIR

SUB TOPIK : MENGUKUR DAN MEMBANDINGKAN ISIPADU CECAIR.

TAHUN : TIGA

AKTIVITI : BERKUMPULAN MENGIKUT STESYEN

STESYEN KEMBOJA

Kad Arahan :

  1. Pelajar dikehendaki berada dalam kumpulan berempat.
  2. Masa yang diperuntukkan di stesyen ini selama 4 minit.
  3. Di stesyen ini terdapat 5 pasangan bekas yang mengandungi isipadu cecair di dalamnya.
  4. Pasangan bekas dilabelkan A, B, C, D dan E.
  5. Setiap bekas pula dilabelkan dengan i dan ii.
  6. Bandingkan di antara keduanya.
  7. Catatkan bekas yang mmepunyai lebih banyak air.
  8. Catatkan bekas yang mengandungi lebih sedikit air.
  9. Catatkan Keputusan kumpulan anda dalam kad Jawapan.
  10. Bawa bersama kad jawapan yang telah siap apabila bergerak ke stesyen yang lain.
  11. Sila bergerak ke stesyen seterusnya.